Bantah Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
0 Comments Published by Jamil Bahrin on Sunday, August 20, 2006 at 5:10 PM.Tuan/Puan/Sdr./Sdri./Muslimin/Muslimat yang dihormati,
KEMPEN PUNGUTAN TANDATANGAN MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM DI MALAYSIA
Mutakhir ini terdapat satu usaha berterusan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjejaskan kesucian Islam di Malaysia. Antaranya ialah cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, kes-kes Kamariah Ali, Muhammad Abdullah @ Moorthy dan Shamala, gerakan kumpulan “Article 11” dan yang terkini kes permohonan murtad Azlina Jailani (Lina Joy).
2. Usaha yang terkini ialah untuk mendapatkan tafsiran mahkamah mengenai Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan seorang Muslim secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam. Usaha ini jika berjaya akan memberikan implikasi-implikasi berikut:
i. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan akan terhakis.
ii. Bidangkuasa ekslusif Mahkamah Syariah untuk mengadili kes-kes berkaitan agama Islam sebagaiamana yang diperuntukkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan akan terjejas.
iii. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Dewan Undangan Negeri (Parlimen dalam kes Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) menggubal undang-undang bagi menyekat dakyah agama lain kepada umat Islam tidak lagi bermakna.
iv. Salah satu ciri definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu seorang yang menganut agama Islam akan turut terjejas.
v. Individu-individu beragama Islam boleh secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari Islam untuk mengelak daripada penguatkuasaan undang-undang Islam dan seterusnya merendahkan kesucian Islam.
3. Justeru, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dianggotai oleh lebih 50 pertubuhan Islam di Malaysia, menyeru umat Islam di negara ini supaya menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha mempertahankan kesucian Islam dengan menandatangani nota sokongan yang disertakan. Kami percaya jika tidak dihentikan segera, cubaan menjejaskan kesucian Islam, terutamanya melalui saluran perundangan, akan diteruskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sila klik untuk tandatangan online
klik gambar untuk muat turung borang tandatangan [*.pdf]
AWAS dengan MAKLUMAT & SMS PALSU!
Semua pihak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan beberapa maklumat palsu bahawa Azlina Jailani telah menang kes dan Pertubuhan Melayu Kristian telah didaftarkan. PEMBELA dan PPI ingin menyatakan :
(a) Kes ini belum ditetapkan untuk keputusan oleh Mahkamah Persekutuan. Tarikh masih belum dimaklumkan.
(b) Setelah semakan dibuat tiada sebarang Pertubuhan Melayu Kristian yang didaftarkan secara rasmi.
Justeru sila elakkan fitnah ini dari tersebar kerana ia dibuat oleh individu yang ingin menimbulkan spekulasi negatif dan menggangu-gugat keharmonian masyarakat.
4. Panduan kepada koordinator tandatangan:AWAS dengan MAKLUMAT & SMS PALSU!
Semua pihak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan beberapa maklumat palsu bahawa Azlina Jailani telah menang kes dan Pertubuhan Melayu Kristian telah didaftarkan. PEMBELA dan PPI ingin menyatakan :
(a) Kes ini belum ditetapkan untuk keputusan oleh Mahkamah Persekutuan. Tarikh masih belum dimaklumkan.
(b) Setelah semakan dibuat tiada sebarang Pertubuhan Melayu Kristian yang didaftarkan secara rasmi.
Justeru sila elakkan fitnah ini dari tersebar kerana ia dibuat oleh individu yang ingin menimbulkan spekulasi negatif dan menggangu-gugat keharmonian masyarakat.
i. Sila dapatkan tandatangan ahli qaryah, sahabat, saudara,
jiran, rakan sekerja, dan lain-lain.
ii. Tentukan semua maklumat yang diminta dilengkapi.
iii. Buat salinan jika tidak mencukupi.
iv. Sila kembalikan kepada:
PEMBELA,
d/a Sekretariat ABIM Pusat,
Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan
Gombak,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6188 0300, Faks: 03-6189 6700,
Email: abim[at]po[dot]jaring[dot]my
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia,
No. 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Tel: 03-77106900, Fax: 03-77107900
Email: urusetia[at]al-nidaa[dot]com[dot]my
Sekian, wassalam.
Yang benar,
YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM /
Pengerusi Mesyuarat PEMBELA
*Semua maklumat diambil dari laman web My Islam Network Portal




0 Responses to “Bantah Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)”
Post a Comment