Rest In Peace

Blog ini sudah berpindah ke rjuna.net


Google

Rjuna dot Net

Sempena hari keputeraanku esok, yakni 7 Ogos bersempena ulangtahun yang ke-24 (yeay boleh kawen), aku mengumumkan yang blog ini RJUNA telah berpindah ke rumah baru di alamat www.rjuna.net


Rasa berat juga nak meninggalkan blog lama yang penuh nostalgia ini, blog ini tidak akan ditutup, cuma akan diberhentikan saja, mungkin entri2 berkualiti akan dipindahkan kesana tak lama lagi, dengan ini Blog rjuna di blogspot secara rasminya tidak akan diupdate lagi.

Belum hari jadi orang dah celebrate
Huhu terharu bila ada seorang kawan datang ke Manjung ingin bersua dengan ku, lama betul dia merancang nak jumpa, ada je halangan yang datang, kebetulan ada meeting di sini, Terima Kasih ya Hazizy sebab belanja aku makan tengahari, wei aku nak McD bukan Nan Mee Kari hahaha thanx yek.

kalimantang berdengung

klik.

kamar ku disimbah cahaya.

engggggguuungggggennnnggg..

argh tak tertanggung lagi, aku tak bisa tenang, bilik aku dah jadi negara pasir berdengung, terencat nafsu ku ingin menulis, aku cuba gantikan starter-nya.

uuunggggggengggggeeennngg..tepuk dahi,

kat sekolah dulu harap je belajor kejuruteraan elektrik & elektronik, lihat masalah kecil begini pon tak boleh handle, macam mana mahu jadi jurutera, oh mungkin sebab itu tuhan takdirkan aku ke bidang lain.

kata Encik Manan, staff pejabat ku, choke dia dah rosak tuu, kena ganti seketul.

dalam gelap malam ku menulis

Akulah RJUNA

Saudara Musnaz dan Chot minta saya ceritakan dari mana datangnya nama RJUNA, hehe sekurangnya ada modal buat saya untuk membebel disini, saya cuba asuh diri saya untuk rajin menulis. (skema betul saya-saya ni)

Ya nama RJUNA terhasil sejak aku mula meminati lagu kumpulan indon, DEWA.Lagu Arjuna atau nama panjangnya Arjuna Mencari Cinta, adalah lagu pertama yang membuka selera saya terhadap muzik diorang, sebuah lagu rancak yang kental unsur cintanya, sesuai buat orang2 yang sedang mencari.

Untuk kelihatan eksklusif dan mengelak orang menuduh aku mendewakan Hindu, aku pendekkan jadi RJUNA, kreatif kan?

hari tu aku check nama domain RJUNA.com, huhu dah dibeli orang, beli domain tapi website tak jalan pon aku tengok, taknak guna jual la balik kat aku, parking ke? ceh.

kredit=gambar Elfonda Mekel di atas kepunyaan mukeh.fotopages.com

Sedut Youtube dengan MUDAH

Dulu kena view page source di Youtube untuk curik fail video, kemudian pakai pula Video Downloader-add on-firefox untuk download, biasalah kena click dan rename ke .flv untuk main di PC.

Teknologi kian berkembang, kini anda tak perlu susah payah lagi nak rename-rename ke .flv, Youtube Grabber ada penyelesaiannya, tidak perlu install, cuma letakkan di Desktop dan double click saja.

Copy URL/Link video yang anda suka

Paste-kan di kotak dan GRAB!!!

Pastikan anda mempunyai software FLV player atau VLC player, untuk main video itu di PC.

Labels: ,

No Right Click, No Copy

Dah lama nak buat tutorial ni, asik tangguh2 je, hari ini aku enable kembali fungsi right click n copy untuk blog aku ini, ok sekarang anda mahu cilok artikel blog ni curilah, tuhan nampak.

Dulu aku ada blog yang penuh lirik lagu didalamnya=CENDERAWASIH, aku bengang bila ada orang curik lirik yang aku salin penat-penat pakai tangan, blog Abah pun pernah ada orang copy artikel dia, adakah anda juga pernah alami nasib yang sama?

Aku tak pastilah kalau blog wordpress leh pakai script ni atau tidak, code ni aku gabung 2 dalam 1, dimana pencurik amatur tak boleh copy artikel anda dan tak boleh view page source blog korang, kalau gambar tu korang conteng sikit la kat gambar tu, tanda korang punya.

code ni tak kebal sangat pada pencurik pro mahupun penggodam.

kalau pencurik nak copy kat IE dia keluar ayat camni

Mahu? ok Download code di bawah ni dan paste kan code javascript itu selepas [head] dan sebelum [/head] dalam template blog anda, selamat mencuba. Komen disini kalau berjaya, kalau tak menjadi, simpan dalam hati hehe.

DOWNLOAD

Labels:

iPhone best tapi..

Handphone sahabatku Apek rosak, aku cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut, namun tak dapat diselamatkan, apek kata dalam 2 minit asik-asik henfon dia restart dengan sendirinya dan hantar MMS kat orang lain secara senyap,

hidup aku bakal sepi tanpa sms dan MMS apek, cepat la beli henfon baru apek, aku kangen sih sama kamu kih kih.

Sembang pasal handphone, minggu ni sempat gak la aku layari dan skodeng2 keluaran terbaru Apple nih iPhone, Fuuhh perasaan kali pertama melihat video demo dia, terliur beb, anda akan lebih menghargai JARI anda selepas menontonnya, sungguh licin bak flash yang berkelipan, hitam gaya mutu keunggulan, dan sudah tentu harganya bukan murah sangat.

secara kasar iPhone mempunyai keupayaan
  • Phone camera 2.0 mega pixel (hek eleh 2.0 je, aper barang wei)
  • Multimedia player (iPod, iTunes, Video player) Takleh rakam video mahupun rekod bunyi
  • Wifi, Edge, Bluetooth (apeeer takder 3G??)
  • Terdapat 2 versi 4GB dan 8GB flash memory
  • Skrin Multi touch, virtual keyboard & buttons (khabarnya syarikat LG yang mula cipta fungsi ni dulu, wei Apple korang TIRU yek?)
  • Operasi oleh Mac OSX dan Safari untuk internet
  • Battery rechargeable built in, (haha ni kalau battery rosak, patah kaki beb, jenuh nak gi tukar lain plak)
  • harga jualan, usd 499 untuk 4GB dan usd 599 untuk 8GB
bila nak sampai Malaysia? tahun 2008 kot, sempat la tuh kalau Nokia nak beat hahaha, kumpul saja wang kamu ya

Rujukan:

Apple dan Propaganda oleh gcloud

Wikipedia

Santai hujung minggu

Kemaskini laju di hari minggu, ceh minggu konon, padahal ko taip ni pagi Isnin, sebenarnya waktu lepas subuh adalah waktu paling ideal untuk aku update blog ni, banyak idea fresh datang, taip pon spontan je, ok ini rangkuman yang menarik sepanjang hari minggu.

Pownce
Jumaat lalu aku diperkenalkan 1 web sosial yang baru oleh Mohd Ismail, selain berkenalan dengan kawan2 baru, anda juga boleh menghantar mesej, berkongsi link, berkongsi file (10MB je), kemudian boleh ajak kawan2 ke acara/event yang anda sertai, berminat mencuba? 6 orang dengan komen terawal berserta emel, layak menerima invitation dari saya.


2 adik lelakiku ke menara gading
Alhamdulillah 2 orang adik lelaki ku berjaya melanjutkan pelajaran diorang ke institusi pengajian tinggi, kekecewaan ku masa lampau sudah ditebus, selamat maju jaya amin, lepas ni boleh la tidur bogel sorang2 kat bilik wakaka merdeka.Gila.

Awek lama kawen
Haha kira awek gak la sebab aku pernah minat kat dia 1 masa dulu, tapi kini kami teman tapi mesra je, berlaku sedikit salah faham antara kami sebelum ni, alhamdulillah sudah beransur baik semula, Selamat Pengantin Baru Aida Azura.

Hans VS Erra Pajira
Huuu macam2 cerita aku baca kat emel dan forum pasal kehancuran hubungan dua sejoli ini, sampai bertumbuk, namun pengakuan Hans Issac dalam melodi semalam, membuka topeng sebenar siapa Erra Pajira sebenarnya, huh playgirl nyampah. kredit foto di bawah Chot yang bagi menerusi emel.

Hidup Pasti Rancak(Suria FM) lepas ni



MasterEload.Biz

MMS


XML
eXTReMe Tracker

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 Rest In Peace | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health